Blinking Cute Box Cat

Sunday, 9 April 2017

Laman Sosial & Pendidikan

Apabila disebut sahaja tentang Facebook, Twitter, Myspace dan pelbagai jenis laman sosial yang lain, pasti semua orang tahu tentangnya, hatta kanak-kanak yang baru menjejakkan kaki ke Darjah 1 pun sudah mempunyai akaun Facebook sendiri yang dikendalikan oleh dirinya sendiri. Bagi kita yang baru berjinak-jinak dengan era teknologi yang kian berkembang pesat ini, hal ini mungkin sesuatu yang agak pelik dan janggal. Zaman kanak-kanak kita dahulu banyak dihabiskan dengan aktiviti 'outdoor' tetapi zaman kanak-kanak 'millenial' kini sangat jauh bezanya. Mereka lebih suka untuk melakukan aktiviti 'indoor' dengan bermain permainan elektronik seperti Playstation, komputer, internet dan sebagainya. Dengan ini, mereka lebih terdedah dengan dunia siber. Tidak hairanlah kanak-kanak kini lebih gemar meluangkan banyak masa di depan komputer berbanding bergaul dengan rakan-rakan sebaya.


Betapa besarnya peranan laman sosial bagi masyarakat kini. Jika dilihat dari aspek pendidikan, laman sosial turut memainkan peranan dalam penyebaran maklumat untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Contohnya, seorang pendidik boleh berhubung dengan pendidik-pendidik lain di tempat yang berbeza-beza untuk bertukar-tukar pandangan dan boleh juga digunakan bersama pelajar mereka bagi menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna. 

Daripada kajian yang dilakukan, hampir 60 peratus daripada pelajar yang menggunakan rangkaian sosial berbincang tentang topik pendidikan dalam talian dan yang mengejutkan lagi, lebih daripada 50 peratus berbincang khusus tentang kerja sekolah. Oleh itu, para pendidik boleh memuatnaik tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman sosial. Ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Berikut merupakan beberapa laman sosial yang dapat digunakan untuk berbincang pelajaran bersama pelajar:




1. Facebook
Guru dapat membina satu kumpulan untuk subjek tertentu dan menambahkan ahli-ahlinya iaitu pelajar. Di sini, guru dapat memuat naik nota, latihan, gambar, video dan lain-lain tentang mata pelajaran tersebut.
Contoh Kumpulan Facebook

Di sini, guru dapat mengetahui berapa orang pelajar telah melihat dan membaca info yang dimuat naik olehnya.

Guru dan pelajar juga dapat berbincang dengan menulis komen bawah info tersebut.


Pelajar juga dapat bertanya kepada guru apabila tidak memahami sesuatu dengan menggunakan Chating.





Berikut merupakan sebuah video tentang cara menggunakan Facebook dalam pembelajaran:




2. Whatsapp

Penggunaan Whatsapp Dalam Pendidikan


Guru dapat membina satu kumpulan untuk subjek tertentu.













Guru dapat menambah ahli-ahlinya iaitu pelajar ke dalam kumpulan tersebut.
















Guru boleh memuat naik bahan pembelajaran seperti gambar, dokumen dan audio dalam kumpulan tersebut. 








Selain itu, guru dapat melihat berapa orang pelajar telah membaca bahan yang dimuat naik olehnya.


Berikut merupakan video tentang cara menggunakan Whatsapp untuk pengajaran dan pembelajaran:




3. Schoology



Guru dapat membina satu kumpulan atau kursus melalui Schoology. Pelajar dapat mengakses Schoology menggunakan emel.




Selepas masuk ke dalam Schoology, pelajar dapat menyertai kumpulan atau kursus yang dibina oleh guru dengan menekan Courses / Groups.







Selepas menekan Join, pelajar perlu memasukkan kod akses yang diberi oleh guru masing-masing.




Dalam Schoology, pelajar dapat membaca segala maklumat seperti nota atau latihan yang diberi oleh guru.



Guru juga dapat membuat perbincangan bersama-sama pelajarnya.


Selain itu, guru juga dapat melihat berapa orang pelajarnya telah masuk ke dalam kumpulan atau kursusnya.




Berikut merupakan video tentang cara menggunakan Schoology untuk pengajaran dan pembelajaran:






4. Frog VLE

Berikut merupakan cara log masuk untuk pertama kali:

Selepas log masuk, pelajar haruslah menekan Frog VLE.



Selepas masuk Frog VLE, tekan Quick Launch dan Learn Centre.

Selepas masuk Learn Centre, sebagai pelajar, sila tekan I'm a Student.



Video tentang cara log masuk Frog VLE untuk pelajar



Gambaran Keseluruhan Frog VLE Pelajar




Gambaran Keseluruhan Frog VLE Guru





5. Blogger

Guru dapat membina sebuah blog dan memberi link blog tersebut kepada pelajar.

Contoh Blog

Guru dapat memasukkan nota, latihan, gambar, video dan sebagainya dalam blog.


Selain itu, guru juga dapat memasukkan audio seperti muzik dalam blog.


Guru juga dapat memperkenalkan laman web yang berguna kepada pelajar seperti berikut:

Pelajar juga dapat berbincang atau menanya soalan kepada guru melalui komen.



Berikut merupakan video tentang cara menghasilkan blog dan bagaimana menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran:




2 comments:

  1. Alat pembelajaran seperti di atas memang memanfaatkan perlajaran kita. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dengan kami! :D

    ReplyDelete
  2. Woori Casino Login - Play on Mobile or Desktop
    The Woori https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ Casino App will be available at Woori Casino on a mobile herzamanindir.com/ or desktop basis. To play on our mobile or desktop, you can also gri-go.com play with your https://octcasino.com/ desktop browser,

    ReplyDelete