Konsep Pengajaran
Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.
Pullias dan Young (1968) menyatakan,
“Pengajaran itu keseluruhannya merupakan cara membimbing murid untuk
memperolehi sejumlah pengalaman yang cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin
menolong pembinaan kemungkinan- kemungkinan sebagai manusia”.
Mengikut Ramsden (1988) konsep
pengajaran adalah “Belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan
satu pergerakan ke arah pembentukan
insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa
dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang
dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas.”
Manakala menurut Trigwel, Prosser, &
Lyons (1997), konsep pengajaran adalah “Proses bekerja bersama pelajar untuk
membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar.”
No comments:
Post a Comment