Blinking Cute Box Cat

Sunday 9 April 2017

Konsep Pengajaran


Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

Pullias dan Young (1968) menyatakan, “Pengajaran itu keseluruhannya merupakan cara membimbing murid untuk memperolehi sejumlah pengalaman yang cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin menolong pembinaan kemungkinan- kemungkinan sebagai manusia”.

Mengikut Ramsden (1988) konsep pengajaran adalah “Belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah  pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas.”

Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep pengajaran adalah “Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar.”


No comments:

Post a Comment